Catfish dan Jenayah Cinta Alam Maya: Kajian Kes ke atas Ibu Tunggal di Kota Kinabalu, Sabah

Pengarang

  • Mohd Hanafi Bin Jumrah Pengarang

Kata kunci:

Catfish, jenayah cinta alam maya, ibu tunggal, mangsa cinta, media sosial

Abstrak

Kisah cinta alam maya seringkali menghiasi berita dan suratsurat
khabar tempatan. Kepesatan teknologi bukan sahaja membuka
ruang dan peluang dengan lebih mudah kepada pelbagai lapisan
masyarakat dari aspek komunikasi dan kehidupan harian malah ianya
juga membuka peluang kepada si pendamba cinta untuk mendapatkan
cinta sejati seperti yang diimpikan. Penggunaan media sosial sebagai satu
platform untuk bersuai kenal telah menjadi satu trend yang akhirnya
memerangkap diri sehingga menjadikan ibu tunggal sebagai mangsa
individu yang digelar catfish. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk
mengenalpasti siapa sebenarnya yang digelar sebagai catfish dan
mengenalpasti bagaimana ibu tunggal boleh terjebak dan seterusnya
menjadi mangsa jenayah cinta alam maya. Data diperolehi melalui temu
bual secara mendalam dan pemerhatian di lapangan ke atas lima belas
orang informan (ibu tunggal) yang memiliki pengalaman sebagai mangsa
catfish. Dapatan kajian mendapati medium utama yang digunakan oleh
catfish dalam memerangkap ibu tunggal adalah aplikasi Facebook dan
modus operandi yang digunakan adalah perhatian dan cinta sementara
sehingga mangsa sanggup memenuhi kehendak dan impian si catfish
dengan rela dan akhirnya mengundang penyesalan kepada diri sendiri.

Muat turun

Diterbitkan

2026-05-21