Femme Fatale, Patriaki dan Maskuliniti: Representasi Gender dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang

Pengarang

  • Muhamad Farid Abdul Rahman Pengarang

Kata kunci:

Parodi dan satira, neo noir, keretakan maskuliniti, femme fatale, male gaze

Abstrak

Pada tahun 2008, Mamat Khalid telah menghasilkan sebuah
filem yang mempunyai stail sinematik neo noir berjudul, Kala Malam
Bulan Mengambang (KMBM) yang mengisahkan tentang seorang
wartawan yang ingin menyelesaikan kes-kes misteri di pekan Senduduk
Rimbun yang akhirnya menemukannya dengan pelbagai kisah dan
individu misteri di dalam pekan tersebut. Seperti filem-filemnya yang
lain, dalam filem (KMBM), Mamat Khalid menggunakan parodi dan
satira untuk mengkritik isu-isu sosial dalam filem tersebut, seperti isu
sosial terhadap masyarakat Melayu, isu etika media serta krtitikan
terhadap keadaan politik di negara ini. Dalam filem tersebut, watak hero
sengaja dilakonkan sebagai seorang yang naif dan mengalami keretakan
maskuliniti, namun watak-watak perempuan yang bertindak sebagai
femme fatale, telah mengukuhkan kedudukan wanita dalam filem
tersebut. Namun, stereotaip terhadap perempuan atau ‘male gaze’ masih
terdapat dalam filem tersebut yang dipaparkan sebagai lemah, seksi, dan
memerlukan pertolongan lelaki. Kajian ini akan melihat dua perkara
utama, yang pertama ialah keretakan maskuliniti watak hero dalam filem
KMBM yang dipaparkan sebagai lemah, dan yang kedua ialah bagaimana
watak femme fatale diapaparkan dengan peranan mereka serta
pemberontakan mereka dalam melawan sistem patriaki.

Muat turun

Diterbitkan

2026-05-21